top of page

KONSEP COT

Konsep COT politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Sebagai contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan sebagai pusat pengembangan ilmu dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan/ Pusat Penyelidikan/ Institut Penyelidikan/ Pusat Perkhidmatan.

​

COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau diaplikasi melalui;

​

  • pemberian perkhidmatan kepakaran

  • pelaksanaan penyelidikan dan inovasi

  • peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep COT Politeknik

bottom of page