Kenali
Creative Design Centre (CDeC)
Pada 25 Februari 2010, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang bermatlamat untuk membina upaya baharu politeknik dalam membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreatif. Antara agenda yang digariskan dalam hala tuju yang dirancang adalah, pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan setanding universiti dikalangan calon-calon berkelayakan, pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan (niche area) berasaskan kekuatan di setiap politeknik, pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan yang tinggi, dan pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.
Sejarah penubuhan Centre of Technology (COT), Politeknik Johor Bahru telah diwujudkan lebih awal seiring dengan penganugerahan Politeknik Premier kepada institusi ini pada Februari 2009. Pada 15 Disember 2011, politeknik ini dengan rasminya telah menggunakan nama Politeknik Ibrahim Sultan selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Amat Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dengan penganugerahan ini juga, Centre of Technology (COT), Politeknik Ibrahim Sultan telah ditukarkan kepada Creative Design Centre (CDeC). Sejajar dengan nama dan fungsinya, pusat ini berfokuskan kepada bidang tujahan Reka Bentuk Kreatif (Creative Design).
Kenapa Pilih CDeC
Dengan melibatkan pereka dan tenaga pengajar berpengalaman dari berbagai bidang, CDEC menyediakan pengalaman reka bentuk yang dinamik dan inovatif kepada pelanggan dari pelbagai sektor. Kami menawarkan solusi kreatif yang lengkap sebagai pusat reka bentuk, CDEC menjadi destinasi utama untuk keperluan reka bentuk Anda.
RAKAN KOLABORASI
Jalinan Kerjasama CDeC
GALERI